Isuzu Kekal Sebagai Jenama Trak Paling Digemari Pasaran Untuk Tahun 2025
Pengeluar trak Jepun, Isuzu, telah mencapai satu lagi kejayaan bersejarah apabila ia terus mendapat kepercayaan dan keyakinan pasaran trak Malaysia, lantas muncul sebagai jenama trak terlaris untuk tahun 2025. Pengulangan kemenangan tahunan ini dicapai di sebalik inisiatif strategik dalam inovasi produk baharu, teknologi hijau dan pendekatan yang mementingkan pelanggan.
Dengan lebih 6,880 unit kenderaan komersial yang dijual pada tahun 2025, Isuzu secara konsistennya telah memegang kedudukan nombor satu di pasaran dalam tiga kategori berbeza, iaitu jenama trak keseluruhan selama 12 tahun berturut-turut, jenama trak tugas ringan selama 16 tahun, dan jenama trak tugas sederhana turut menduduki tangga teratas pasaran. Jumlah penjualan mencerminkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus daripada tahun sebelumnya. Rangkaian trak tugas ringan ELF merekodkan angka jualan tertinggi sebanyak 6 362 unit, atau 92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan trak yang dijual.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi berkongsi, "Kedudukan Isuzu sebagai peneraju pasaran berulang kali di Malaysia membuktikan komitmen kukuh dan teguh kami terhadap kualiti, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan. Isuzu menawarkan nilai yang menekankan penyelesaian pengangkutan yang cekap untuk semua barangan dan manusia supaya dapat mencipta manfaat yang memperkayakan masyarakat.
"Kami menawarkan rangkaian trak yang pelbagai, inovasi keselamatan yang maju, rangkaian pengedar yang luas dan sokongan selepas pasaran yang kukuh untuk membantu pelanggan mengoptimumkan kecekapan dalam persekitaran perniagaan yang kian berkembang.
"Kejayaan ini amat berfaktorkan kepada pekerja dan rakan kongsi kami yang merupakan penggerak di sebalik inovasi, produktiviti dan pertumbuhan. Tambahan juga, pelanggan kami yang serba mengetahui tentang produk kami, lalu sering memilih dan mempercayai Isuzu sebagai penyelesaian logistik mereka. Bagi pihak pengurusan, kami mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua pihak kepentingan atas komitmen dan kesetiaan mereka yang berterusan," katanya.
“Isuzu akan sentiasa komited untuk memenuhi keperluan pelanggan kami, melebihi jangkaan dan membantu perkembangan mereka. Kami tegas terhadap strategi neutral karbon kami dan dalam memajukan produk dengan standard pelepasan yang lebih baik supaya pelanggan kami dapat memilih kenderaan terbaik untuk memenuhi tanggungjawab alam sekitar dan produktiviti optimum."
“Ramai pelanggan kini menyedari tentang kepentingan ESG (persekitaran, sosial dan tadbir urus). Isuzu bertujuan megurangkan impak terhadap alam sekitar, mengekalkan kepimpinan dan sentiasa membina masyarakat makmur dan mampan. Oleh itu, tahun 2026 ini kami berancang untuk melancarkan trak-trak model EURO 5 untuk menampung keperluan pasaran,” tambahnya.
Isuzu juga berjaya mengorak langkah dalam segmen trak tugas sederhana, menjadi peneraju pasaran. Prestasi jualan dalam segmen ini adalah stabil dengan 494 unit trak model FORWARD yang telah dijual pada tahun 2025. Ini mewakili pertumbuhan sebanyak 63.6 peratus daripada tahun sebelumnya.
Yamaguchi juga berkata, "Siri trak tugas sederhana kami adalah kenderaan berkuasa yang praktikal dan memberi keseimbangan sempurna antara prestasi, kebolehpercayaan dan serba boleh. Dengan ketersediaan model EURO 5 FVR dengan 6-kelajuan Smoother AMT, pelanggan kami ditwarakan trak teguh yang cekap bahan api, mesra alam dan efisien dalam mengekalkan operasi jangka panjang."
Inovasi gear Isuzu, Smoother AMT, telah menjadi faktor utama dalam keputusan pembelian pelanggan. Transmisi ini dikawal secara automatik oleh komputer elektronik. Sistem hidraulik penukaran tork pula mengendalikan klac dan pendikit untuk memadankan putaran untuk penukaran gear yang diperlukan. Penukaran gear adalah lancar dan tork yang konsisten memberikan tahap kecekapan yang lebih baik. Tambahan lagi, tiada kos penyelenggaraan untuk klac.
Selain itu, 2025 juga merupakan tahun di mana Isuzu mencapai satu lagi pencapaian besar dalam mengeluarkan lebih 100,000 unit trak model Isuzu ELF dan FORWARD dari kilang pemasangan tempatan Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd (IHM) di Pekan, sejak operasi bermula pada tahun 2007.
"Kami mempunyai visi yang jelas untuk masa depan - tentang apa yang ingin kami capai dan sumbangkan. Walaupun Isuzu kukuh memimpin pasaran dengan rangkaian trak yang paling luas, kami bertekad untuk terus membangunkan industri dengan inovasi trak baharu untuk kebaikan masyarakat," katanya.
- Hits: 54