Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 13 February 2024

ISUZU CATAT ANGKA JUALAN MEMBERANGSANGKAN; KEKAL SEBAGAI JENAMA TRAK NO. 1 DI MALAYSIA

Isuzu Malaysia sekali lagi merekodkan prestasi luar biasa dengan mencatatkan jualan trak paling tinggi berbanding jenama-jenama lain bagi tahun 2023. Pencapaian itu meletakkan Isuzu di kedudukan No. 1 dalam segmen trak secara keseluruhan selama 10 tahun berturut-turut serta jenama trak tugas ringan selama 14 tahun berturut-turut di Malaysia.

 

Kedudukan pasaran terkemuka Isuzu diperkukuhkan dengan pretasi jualan runcit keseluruhan sebanyak 7,209 unit, termasuk trak ringan, sederhana, dan berat untuk tahun lalu, iaitu sebanyak 44.9% peratus daripada jumlah jualan segmen trak keseluruhan di Malaysia. Sementara itu, segmen trak ringannya mencatatkan jualan sebanyak 6,864 unit, adalah merupakan jualan trak ringan tertinggi di Malaysia.

 

Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana berjaya mencapai kejayaan luar biasa ini untuk sekali lagi menjadi jenama trak paling laris di Malaysia. Mengekalkan kejayaan selama lebih sedekad ini sudah pasti melangkaui ekspektasi kami.

 

“Pada masa yang sama, kami sangat teruja apabila mengetahui bahawa penguasaan berterusan di pasaran jelas menunjukkan komitmen Isuzu Malaysia yang menawarkan rangkaian trak paling luas dan termaju kepada para pelanggan, meskipun terpaksa mengharungi perubahan landskap industri.”

 

Mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 2.7% peratus berbanding tahun kewangan terdahulu, kejayaan ini sekaligus membuktikan satu perkembangan yang positif berterusan daripada Isuzu Malaysia. Parameter sebegini, mengukuhkan lagi kedudukannya selaku pemain utama dalam industri kenderaan komersial di negara ini.

 

“Faktor kestabilan ekonomi dan juga pemulihan rantaian bekalan telah menyumbang kepada peningkatan positif pasaran kenderaan komersial, terutama dalam segmen trak tugas ringan. Kadar pertumbuhan jualan trak kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini merekodkan peningkatan yang stabil. Ini selari dengan komitmen dan pelarasan strategi dengan trend industri yang lebih menyeluruh bagi memaksimumkan sumber kami untul membantu operasi logistik pelanggan. Prestasi positif ini menyerlahkan lagi kehadiran kami di pasaran ini,” tambah Okazoe.

 

Selain prestasi jualan yang kukuh oleh Isuzu dalam segmen trak ringan, syarikat juga telah mencapai peningkatan jualan yang positif sebanyak 11% peratus dalam segmen trak sederhana, trak berat, dan prime mover pada tahun 2023.

 

Kejayaan Isuzu Malaysia turut diraih daripada pelaksanaan inisiatif korporatnya yang memantau proses naik taraf serta penambahbaikan beberapa outlet pengedar di lokasi-lokasi strategik seperti di Ipoh, Kuching, Kluang, Temerloh dan Seremban sepanjang tahun lalu, dengan menawarkan pengalaman jualan serba baharu kepada pengunjung serta pelanggan.

 

Menaik taraf pusat pengedaran dan usaha penambahbaikan itu melibatkan usaha memodenkan pusat jualan Isuzu serta  meningkatkan tawaran servis dengan pelbagai kemudahan jualan dan selepas jualan buat para pelanggan.

 

Mengulas tentang perkara ini, Okazoe berkata, “Rangkaian Isuzu merupakan yang terbesar dengan 59 pusat pengedaran di setiap negeri di lokasi strategik di Malaysia dan ia adalah tulang belakang kepada operasi kami. Para pelanggan kami bergantung kepada rangkaian pusat pengedaran ini untuk sokongan jualan dan selepas jualan mereka. Justeru, kami akan terus mengembangkan rangkaian pengedar sah dengan membuka pusat pameran baharu yang telah dirancang pada tahun ini.

  

“Selari dengan perkembangan industri, kami juga akan terus mengukuhkan kedudukan selaku pemain utama industri serta menawarkan produk dan perkhidmatan yang akan sentiasa menyumbang kepada pertumbuhan serta pembangunan operasi logistik para pelanggan. Berpegang kepada matlamat ini dan menyokong pelaksanaan standard bahan api oleh kerajaan, Isuzu Malaysia akan memperkenalkan model-model Euro 4 baharu dalam tahun ini,” katanya lagi.